Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal

BERITA TERKINI
(sumber dari PPSUSM)

SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL
(SKETMA KE 10)
"Kecemerlangan Makmal Pemacu Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Bertaraf Dunia"

Tarikh:
29 Mei – 1 Jun 2011

download:
CONTOH KERTAS KERJA PENUH

1.   Pengenalan

Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA. SKETMA ini telah dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh  Universiti Putra Malaysia dan ianya dianjurkan secara bergilir-gilir oleh IPTA di Malaysia.  Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-9 di UTM, Skudai yang dianjurkan pada 7-10 Jun 2009, telah memberi mandat kepada Universiti Putra Malaysia untuk menjadi penganjur SKETMA ke-10. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal Kebangsaan (SKETMA) merupakan landasan bagi pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada pegawai makmal IPTA, agensi kerajaan dan swasta berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan kerjasama  dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan. Dalam persidangan ini ahli-ahli akan membentangkan kertas kerja berkaitan dengan bidang tugas dan kepakaran mereka yang selama ini berada di belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan. Di samping itu seminar ini juga terbuka kepada penyelidik, pensyarah, pegawai sains dan lain-lain pegawai dari IPTA, IPTS dan  agensi agensi luar  yang berkaitan untuk membentangkan kertas kerja berdasarkan skop yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur.

2.   Objektif

·        Menyerlahkan potensi diri, kepakaran dan pengalaman pegawai yang bertugas di makmal.

·        Menyediakan landasan untuk perkongsian maklumat, kepakaran, pengalaman, sahsiah diri dan profesionalisma dengan pembentangan kertas kerja teknikal dan penyelidikan.

·        Meningkatkan kefahaman kaedah penyelidikan dan kepentingan kerja makmal di universiti-universiti.

·        Mempertingkatkan tahap profesionalisma kerjaya pegawai makmal secara langsung dan tidak langsung.

·        Menjalinkan hubungan kepakaran, memupuk kerjasama dan bertukar pengalaman mengenai teknologi makmal.

3.   Tema

Tema Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal ke-10 (SKETMA 10) adalah: “Kecemerlangan Makmal Pemacu Transformasi Penyelidikan dan Inovasi Bertaraf Dunia”.

 

4.   Tarikh dan Tempat Pelaksanaan

Cadangan tarikh pelaksanaan SKETMA ke-10 adalah pada: 29/5/2011 – 1/6/2011 bertempat di Dewan Seminar Fakulti Kejuruteraan, UPM.

 

5.   Perasmian Pembukaan dan Penutup

Perasmian akan disempurnakan oleh YB. Menteri Pengajian Tinggi, Malaysia dan majlis penutup disempurnakan oleh YBhg. Prof. Tan Sri, Datuk Dr. Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.

6.   Peserta

   Terbuka kepada semua kakitangan makmal  universiti  terutama 6 universiti utama dan swasta serta dari agensi-agensi seperti SIRIM, MARDI, Agensi Nuklear Malaysia dan lain lain Institusi. Sila hantar kertas kerja penuh ke email
sketma10@yahoo.com
  .

7.   Jawatankuasa Penganjur dan Tentatif Program

JAWATANKUASA PENGANJUR SKETMA KE-10

  1. Penaung:
        Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Naib Canselor
  2. Penasihat:
        Y. Bhg. Dekan Fakulti Sains
    Y. Berusaha Presiden KEPERTAMA
  3. Editor Kertas Kerja:
        Prof. Dr. Dzulkifly Kuang Abdullah

        Dr. Muskhazli Mustafa
  4. Pengarah:
        Encik Zainal Abidin Bahari
        Presiden Persatuan Penolong Pegawai Sains
  5. Timb. Pengarah:
    Encik Mohamad Yaacob
        Naib Presiden Persatuan Penolong Pegawai Sains
  6. Setiausaha:                       
        Cik. Norhafiza Abd. Razak
        Pen. Setiausaha Kehormat Persatuan Penolong Pegawai Sains
  7. Pen.Setiausaha:
        Cik Shamaladewi a/p Subramaniam
        Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan

        Puan. Hjh. Ummi Kalthum Asmaon
        Fakulti Pertanian
  8. Bendahari:     
        Encik Amran Suratman
        Bendahari Persatuan Penolong Pegawai Sains
  9. Pen. Bendahari:         
        Tuan. Hj. Abd. Aziz Abdullah
        Fakulti Pertanian
  10. Ahli Jawatankuasa Pelaksana:   
        Ahli Jawatankuasa Persatuan Penolong Pegawai Sains

TENTATIF PROGRAM

29 Mei 2011 (Ahad)

1400 – 1900: Pendaftaran Peserta SKETMA KE-10

30 Mei 2011 (Isnin)

0830           Peserta Mengambil Tempat

0900           Ucapan Pengarah SKETMA KE-10

                            Ucapan Y. Bhg. Prof. Tan Sri, Datuk Naib Canselor

                            Ucapan Perasmian Y.B. Menteri Pengajian Tinggi

1015           Penyampaian Cenderahati  & Sesi Bergambar
         

         1030
            Minum Pagi

1100           Ucaptama I oleh Y.Bhg. Prof Dato’ Dr. TNC (P&I)

1145           Pembentangan Kertas Kerja

1300           Makan Tengahari & Solat

1400           Pembentangan Kertas Kerja

1700           Minum Petang dan bersurai

31 Mei 2011 (Selasa)

0830          Ucaptama II oleh Ketua Pengarah Institut Intergriti
                           Malaysia

0915          Pembentangan Kertas Kerja

1030          Minum pagi

1100          Pembentangan Kertas Kerja

1300          Makan Tengahari & Solat

1400          Sesi Lawatan

2000          Makan Malam Rasmi
                           Tetamu Kehormat
                           Y. Bhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Naib Canselor

1 Jun 2011 (Rabu)

         

          0830         Forum “ Cabaran Makmal Masa Kini”

          1045         Rumusan Seminar

          1145         Majlis Penutup

          1300         Makan Tengahari  & Solat

1400         Bersurai

CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my