Seminar Pembentangan Kertas Kerja Staf Makmal UM

PENGENALAN  

Persatuan Juruteknologis  Makmal Universiti  Malaya  akan     mengadakan program Seminar Pembentangan Kertas Kerja Staf Makmal 2012 dan program ini perlu diadakan  memandangkan kekurangan wakil daripada UM untuk mengambil bahagian dalam pembentangan kertas kerja di SKETMA dwi tahunan antara universiti-universiti Malaysia.  

Program ini khusus untuk:  .

• menyerlahkan  dan potensi diri dikalangan staf makmal dalam pembentangan kertas kerja yang berkaitan.
• mendapatkan maklumat teknologi makmal yang terkini dikalangan staf makmal serta dapat bekerjasama mempertingkatkan lagi kualiti kerja. 
• memilih wakil daripada Universiti Malaya di dalam pembentangan kertas kerja ke SKETMA kali ke-11 di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 2013 nanti.

OBJEKTIF  

• Mengeratkan hubungan antara peserta.
• Melahirkan staf yang kreatif dan berdaya saing.
• Melatih staf makmal membentangkan kertas kerja mengenai bidang tugas masing-masing.
• Mewujudkan peluang pertukaran pendapat, saranan dan cadangan dari pihak-pihak lain selain dari penyelia projek staf masing-masing.

MISI

MELAHIRKAN GOLONGAN KAKITANGAN MAKMAL YANG BERKEBOLEHAN DALAM MEMBENTANG KERTAS KERJA DAN MENYUMBANG BUAH FIKIRAN ATAU PENDAPAT DI HADAPAN KHALAYAK RAMAI DENGAN PENUH KEYAKINAN DAN TINGGI NILAI ETIKA DAN PERIBADINYA.

TENTATIF PROGRAM

8.30-9.00 pagi : Pendaftaran

9.00-10.00 pagi : Pembukaan dan Ucapan Perasmian.

10.00-10.30 pagi : Kudapan pagi.

10.30-12.30 tgh: Pembentangan kertas kerja (Sessi 1)

12.30-2.00 ptg : Makan tengahari.

2.15-3.30 ptg : Pembentangan kertas kerja (Sessi 2)

3.30-4.00 ptg : Penyampaian sijil dan cenderahati.

4.00-4.15 ptg : Penutup

4.15- 4.30 ptg : Minum petang dan bersurai

PENGUMUMAN

Staf makmal daripada semua PTj Universiti Malaya dipelawa untuk membentangkan kertas kerja dan menyertai seminar ini.  Peserta dialu-alukan menghantar kepada Sekretariat kertas kerja abstrak untuk pembentangan sama ada dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris. Abstrak tidak melebihi 250 patah perkataan.

TARIKH PENTING

1. Tarikh akhir penerimaan kertas kerja penuh pada: 2hb Februari 2012
2. Tarikh tutup penyertaan (peserta) pada                : 8hb Februari 2012

YURAN

Yuran seminar ini adalah seperti berikut:
1. Bukan ahli PJMUM : RM50
2. Ahli PJMUM : RM10
3. Pembentang kertas kerja : Percuma (15 orang sahaja)

PERTANYAAN

Maklumat lanjut, sila hubungi:

Sekretariat Seminar 
Pembentangan Kertas Kerja Staf Makmal
Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya
Institut Sains Biologi, Fakulti Sains
University Malaya, 50603 Kuala Lumpur.

Tel      :03-79676714/79674113
Faks   :03-79674178
Email  : masha@um.edu.my/ rusidah@um.edu.my

Tuan Haji Harun bin Mohd Salleh (016-6064805)

Pn Mashitah Mohamed Ali (013-2344348)

Pn Kalaiselvi Palani (016-3664966)

Pn Rusidah Ahmad (019-2159944)

Sila Muat turun borang disini [klikl disini]


CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my