Persatuan Juruteknologi Makmal UM

Papar berita pilihan

 

Pendaftaran ahli kesatuan

[ admin ] [ 10-08-2011 ]
 
 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

AJK Persatuan yang dihormati,

Saya dalam usaha untuk membuat pengemaskinian senarai nama ahli Persatuan Juruteknologis Makmal yang lama, yang telah bersara dan juga yang baru mendaftar. Pengemaskinian ini adalah penting dilakukan bagi memantapkan lagi Persatuan Juruteknologis Makmal kita dan memudahkan lagi pengurusan persatuan.

Justeru itu, saya ingin memohon jasa baik semua ahli AJK, sekiranya terdapat staf di jabatan tuan/puan yang ingin mendaftar sebagai ahli persatuan, bolehlah mengikut aturan yang dinyatakan di bawah :

1. Mengisi borang keahlian dengan memuatturun borang yang dilampirkan bersama borang ini atau borang juga boleh didapati di laman web Persatuan http://juruteknologis-makmal.um.edu.my/

2. Membuat pembayaran yuran pendaftaran keahlian sebanyak RM5.

3. Perlu maklumkan kepada pemohon bahawa pemotongan gaji sebanyak RM6 selama 6 bulan setiap tahun akan dilakukan.

4. Borang-borang yang telah lengkap diisi berserta yuran pendaftaran boleh dihantar terus kepada saya atau Puan Mashitah sebelum 13 Januari 2016.

Boleh terus berhubung dengan saya di 0195246402 atau 0379676746 untuk maklumat lanjut.

Terima kasih.

--
SITI RUGAYAH BT MOHD HASHIM
Program Sains Biokesihatan
Institut Sains Biologi
Fakulti Sains
Universiti Malaya
50603 Kuala Lumpur
Ext : 6746

 # Borang Ahli biasa (klik disini)                                              

 
<< Back
CCM 2.0 EDi - Copyright © 2008 - 2017 Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, MALAYSIA. http://www.um.edu.my