PJMUM telah mengadakan program Kem Bina Semangat yang melibatkan keseluruhan ahli PJMUM yang berdaftar secara rasmi dalam Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya. Keperluan program ini adalah bagi memupuk dan membina budaya kerja berpasukan diantara ahli secara kreatif dan berkesan selaras dengan tema Membina Budaya Kerja Berpasukan "1st Class. Ahli PJMUM adalah terdiri daripada fakulti dan jabatan yang berbeza. Oleh itu, kepelbagaian suasa kerja ini akan memberi satu ruang perkongsian dan semangat berpasukan yang menarik melalui aktiviti Kem Bina Semangat yang akan dijalankan. Disamping itu, ia bertujuan untuk melahirkan semangat kekeluargaan dikalangan ahli persatuan. Program ini akan diadakan selama 2 hari 1 malam.
MESYUARAT AGUNG AGM KE 28
Tarikh/Hari | 30 November 2023/Khamis |
Masa | 10.00 pagi hingga 1.00 petang |
Tempat | Dewan Kuliah Cempaka, Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains. |
Tetamu Khas (Perasmi) | Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maaf |
Ahli Persatuan | 140 orang |
Kehadiran Ahli | 85 orang |
Majlis dimulakan dengan kata aluan selamat datang daripada Tuan Pengerusi Majlis, Encik Mohamad Safuan bin Kamarudin kepada tetamu jemputan tetamu khas iaitu Penasihat Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya (PJMUM). Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah, barisan Ahli Jawatankuasa serta semua ahli PJMUM yang bersama di dalam Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM kali ke 28.
Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan diikuti oleh lagu Universiti Malaya.
Majlis kemudian diikuti dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Mohamad Shukri bin Abdul Jamil memohon agar perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM Kali ke 28 ini dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T.
Seusai bacaan doa selesai, majlis diteruskan dengan ucapan aluan dari Presiden PJMUM, Encik Mohamad Hairul Azmir bin Harun mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih kepada Penasihat PJMUM, Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maaf kerana kesudian menerima jemputan dan hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM kali ke 28 ini. Beliau juga menguscapkan terima kaish kepada semua ahkli PJMUM yang hadir termasuk barisan Ahli Jawatankuasa yang bertungkus lumus dalam memastikan mesyuarat agung kali ini dapat diadakan dan berjalan lancar.
Di dalam ucapan, beliau menyatakan mesyuarat kali ini bakal mengubah kepimpinan PJMUM yang akan disokong oleh ahli-ahli PJMUM. PJMUM telah ditubuhkan hampir 28 tahun yang lalu dengan kepimpinan-kepimpinan yang berwibawa yang membawa PJMUM sehingga ke hari ini. Sepanjang tempoh 2 tahun kepimpinan AJK PJMUM sesi 2021 - 2023, pelbagai aktiviti telah dirancang dan dijalankan seperti kursus-kursus, program teambuilding, lawatan ilmiah dan lain-lain lagi. Yang terkini, PJMUM telah membawa cadangan bagi pengiktirafan program pensijilan bagi Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) bagi warga kerja makmal di Universiti Malaya kepada pihak Pendaftar UM. Hasil perjumpaan dan perbincangan, pihak Pendaftar UM telah memberikan maklumbalas yang sangat baik.
Usul cadangan yang dibawa juga turut dipersetujui oleh pihak Pendaftar UM untuk dibawa ke perbincangan lanjut bersama pihak Pengurusan Tertinggi UM. Pengiktirafan sijil SKM ini bertujuan untuk membuka laluan kepada warga kerja makmal UM khusus fokus utama adalah ahli PJMUM bagi mendapatkan pengiktirafan rasmi kepakaran yang ada dengan kompetensi yang tertentu dan menjurus kepada kemahiran makmal. Disamping itu, PJMUM berhasrat untuk mewujudkan pusat latihan bertauliah bagi pensijilan SKM warga makmal bagi melatih ahli PJMUM yang berpotensi penilai SKM akan datang. Dalam perancangan akan datang, PJMUM berhasrat untuk mengadakan aktiviti-aktiviti atau kursus-kursus yang lebih menjurus kepada kemahiran softskill ahli-ahli PJMUM.
Majlis diteruskan dengan ucapan dari Penasihat PJMUM, Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput beliau ke Mesyarat Agung Tahunan PJMUM kali ke 28 ini sebagai perasmi.
Di dalam ucapan, beliau menyatakan walaupun beliau telah bersara hampir 10 tahun namun masih diberi kepercayaan menjadi penasihat kepada PJMUM. Beliau menyatakan akan terus menyokong perjuangan PJMUM bagi mempertingkatkan kemahiran C, Q dan U ni Universiti Malaya ini. Beliau menyarankan semula ahli PJMUM agar menggunakan segala kemudahan yang ada di Universiti Malaya ini sebaiknya bagi mempertingkatkan kemahiran dan kepakaran ahli-ahli PJMUM. Setiap kerja yang dilakukan perlu direkod untuk dinilai bagi mendapatkan pengikrafan kepakaran.
Beliau menyarankan agar PJMUM menjalinkan kerjasama dengan Fakulti dan Jabatan di Universiti Malaya dari segi latihan dan laluan kerjaya ahli-ahli PJMUM. PJMUM juga perlu dijalinkan kerjasama yang baik bersama pensyarah-pensyarah hingga ke pihak Pendaftar dalam pentadbiran makmal dan pelaksanaan pengajaran di makmal. Gred C, Q dan U di Universiti Malaya ini perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelayakan sijil atau diploma.
Sebelum beliau mengakhiri ucapan, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM kali ke 28 ini. Beliau juga mengharapkan barisan kepimpinan baru yang akan dilantik akan mengadakan sesi brainstorm untuk peningkatan gred C, Q dan U ke peringkat seterusnya yang lebih baik.
Dengan lafaz Bismillah, beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM kali ke 28.
Last Update: 18/04/2025