• Universiti Malaya Association of Laboratory Technologists V2
  • admin.pjmum@um.edu.my
logo
logo
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

MAKLUMAN PERMOHONAN IHSAN "ONE-OFF" KEUZURAN PJMUM

Pada AGM ke-24 bertarikh 26 Julai 2018, ahli PJMUM yang hadir telah bersetuju dengan usul yang dicadangkan agar diwujudkan sumbangan ihsan keuzuran bagi ahli PJMUM. Ini sebagai satu usaha menarik lebih ramai warga kerja makmal menjadi ahli PJMUM. Selain itu, usaha ini dilihat sebagai tanda keprihatinan mengurangkan beban ahli dan tanda terima kasih kepada semua ahli yang sentiasa menyokong setiap usaha PJMUM ke arah menjadi lebih baik dan cemerlang merealisasikan objektif penubuhan PJMUM selaras dengan misi dan visi Universiti Malaya. Nilai yang telah dipersetujui adalah :
  • Ahli sakit / masuk wad / kritikal : RM50.00
  • Ahli meninggal dunia : RM100.00
Oleh itu, pemberian Ihsan "One-Off" Keuzuran kepada semua ahli PJMUM ini adalah sekali setahun sahaja. Ahli PJMUM boleh memohon melalui google form yang telah disediakan dan borang ini juga akan dimuat naik ke laman sesawang PJMUM. PERMOHONAN IHSAN "ONE-OFF" KEUZURAN PJMUM

Terima kasih.

Last Update: 05/01/2026