SKETMA KALI KE 12
Tarikh/Hari | 9hb - 11hb Februari 2015 |
Masa | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Tempat | Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. |
Jumlah Peserta | 108 orang |
Jumlah Peserta Luar UM | 74 orang |
Persatuan Juruteknologis Makmal telah berjaya menjalankan aktiviti seminar kebangsaan diantara seluruh universiti di Malaysia. Seminar ini telah dirasmikan oleh Dato' Dr. Mohd Amin Jalaludin. PJMUM mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua staf Universiti Malaya yang telah berjaya di dalam pembentangan kertas kerja dan semua staf yang terlibat menjayakan seminar tersebut. Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA) merupakan program dwi-tahunan yang dianjurkan oleh Persatuan Penolong Pegawai Sains IPTA. Sketma ini dianjurkan buat pertama kalinya pada tahun 1993 oleh Universiti Putra Malaysia (UPM), dan ia dianjurkan bergilir-gilir oleh IPTA di Malaysia. SKETMA 11 telah diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang yang dianjurkan pada 25hb hingga 28hb Ogos 2013. Universiti Malaya telah diberikan mandat untuk menganjurkan SKETMA 12 telah diadakan pada 9hb hingga 11hb Februari 2015. SKETMA merupakan landasan bagi pegawai kumpulan sokongan yang terdiri daripada pegawai makmal IPT, agensi kerajaan dan swasta berkongsi maklumat, kepakaran dan jaringan kerjasama dalam satu persidangan di peringkat kebangsaan. Dalam persidangan ini, ahli-ahli yang berada di belakang para penyelidik dan pensyarah dalam menjalankan penyelidikan/pengajaran akan membentangkan kertas kerja berkaitan bidang tugas dan kepakaran mereka. Disamping itu, seminar ini juga terbuka kepada Penyelidik, Pensyarah, Pegawai Sains dan lain-lain pegawai daripada IPTA dan agensi-agensi luar yang berkaitan untuk membentangkan kertas kerja berdasarkan skop yang ditetapkan oleh jawatankuasa penganjur. | |
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MARDI, AGRO PERTANIAN LANGKAWI
Tarikh/Hari | 8 - 11 Mei 2015/Jumaat hingga Ahad |
Masa | 8.30 pagi - 5.00 petang |
Tempat | MARDI, Agro Pertanian Langkawi. |
Jumlah Peserta | 39 orang |
Bayaran | RM270 |
Program lawatan sambil belajar ini diadakan bagi memberi pendedahan yang khusus kepada ahli-ahli PJMUM untuk melihat teknologi terkini yang digunakan di dalam bidang pertanian. Peserta didedahkan dengan cara pengkomersilan hasil produk-produk tanaman. Lawatam ini dikenakan bayaran bagi tujuan penginapan, tol dan parking, feri dan lain-lain perbelanjaan. Tarikan utama di MARDI, AGRO Pertanian, Langkawi ialah:-
| |
|
Last Update: 06/05/2025