Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Hafiz bin Mansor memohon agar perjalanan mesyuarat diberkati dan dipermudahkan.Tuan Haji Harun Mohd Salleh mengucapkan terima kasih kepada Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr Mohd Jamil Bin Maah selaku penasihat PJMUM dan ahli-ahli PJMUM yang hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ke-22.
Beliau bersyukur dan gembira kerana sentiasa menerima sokongan daripada ahli-ahli apabila banyak aktiviti tahunan yang dirancang mendapat penyertaan yang memberangsangkan. Beliau juga menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak pengurusan UM yang sentiasa menyokong setiap aktiviti PJMUM. Beliau berharap agar sokongan dan kepercayaan berterusan diberi kepada persatuan agar objektif penubuhan PJMUM akan sentiasa dapat dicapai dengan lebih cemerlang. Mesyuarat Agung kali ke 22 diadakan pada 25 Mei 2016 yang dirasmikan oleh Ybhg' Prof. Dato Dr. Mohd Jamil bin Maah. Mesyuarat ini diadakan setiap tahun bagi menerangkan kepada semua ahli kesatuan berkaitan rancangan dan program yang berguna pada masa akan datang. Mesyuarat diteruskan oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Mohd Jamil Maah mengucapkan tahniah kepada semua ahli PJMUM yang dapat hadir ke Mesyuarat Agung ke-22. Selaku penasihat persatuan, beliau amat gembira dengan setiap pencapaian cemerlang PJMUM dalam menjalankan aktiviti yang memberi manfaat kepada ahli dan staf makmal khususnya. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa PJMUM yang komited menyumbang tenaga dalam merancang dan menjalankan aktiviti yang bermanfaat kepada ahli yang lain. Beliau berharap lebih banyak aktiviti dirancang dan dijalankan untuk terus memberi manfaat terbaik dan meningkatkan prestasi staf makmal di Universiti Malaya. YBhg. Prof. Dato’ Dr. Jamil Maah seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-22, PJMUM |