• Universiti Malaya Association of Laboratory Technologists
  • admin.pjmum@um.edu.my
logo
logo

Lawatan Ke Kilang Madu Kelulut

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LADANG MADU KELULUT

Tarikh/Hari28 Ogos 2017/Isnin
TempatSegamat, Johor Darul Takzim
Penyertaan30 Orang
YuranRM100 / Orang (Berbentuk voucar pembelian semula)
KenderaanBas Luar


Lawatan ini merupakan aktiviti kedua (2) bagi penggal sesi 2018/2019. Tujuan utama lawatan ini adalah bagi memberi pendedahan dan perkongsian maklumat kepada peserta terlibat yang terdiri daripada warga kerja makmal, mengenai cara penternakan lebah kelulut dan penyimpanan sarang kelulut bagi menghasilkan madu untuk tujuan komersial.

Program disertai seramai 30 orang ahli PJMUM dan diketuai oleh Puan Mashitah Mohamed dengan dibantu oleh En. Mohd Hafiz Mansor. Setiap seorang dikenakan yuran sebanyak RM100 dalam bentuk voucer pembelian barangan produk madu di ladang tersebut termasuk kudapan dan pengangkutan. Peserta telah diberi keistimewaan dengan menjadi ahli di kilang tersebut dengan kelebihan mendapat diskaun untuk pembelian produk madu untuk kegunaan sendiri mahupun menjadi agen jualan produk mereka.

Sesi lawatan dipenuhi dengan aktiviti penerangan dan dialog bersama kakitangan ladang, sesi lawatan kawasan, cara dan kaedah menternak lebah kelulut, cara-cara penjagaan, demo teknik mengutip hasil madu, jenis-jenis madu seterusnya cara mengurus madu sebelum dipasarkan. Teknik penanaman cendawan juga turut didedahkan kepada peserta.

Lawatan ini telah mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta dan mencapai objektif utama penganjuran. Laporan lawatan dan senarai nama peserta telah dihantar ke pihak Seksyen Pembangunan Bakat (SPB), Bahagian Sumber Manusia untuk tujuan rekod. Setiap peserta yang terlibat telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan satu (1) hari cuti berkursus dan telah dikemaskini ke dalam sistem portal masing-masing.


 
   

Last Update: 23/05/2025