LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE LOMBOK
Tarikh | 2 - 5 Mac 2018 |
Waktu bertolak | 6.30 pagi di KLIA 1 |
Penyertaan | 15 orang staf Universiti Malaya |
Kos | Pembiayaan sendiri (tiket, penginapan, & makan) |
Program Lawatan sambil belajar ini dirancang dengan tujuan memberi pendedahan luar kepada ahli PJMUM dan peserta yang terlibat. Ia telah dijalankan dengan penglibatan seramai 15 orang staf Universiti Malaya dan 5 penyertaan luar. Peserta yang terlibat telah dibawa melawat tempat-tempat bersejarah seperti Muzuim, sekolah agama dan masjid-masjid lama sekitar Lombok. Disamping itu, peserta juga berpeluang melihat dan mempelajari teknik membuat pasu daripada tanah liat dan pembuatan anyaman bakul rotan penduduk di sana. Segala kos perbelanjaan adalah ditanggung sendiri oleh peserta.
KURSUS PENGURUSAN DAN KESELAMATAN MAKMAL
Tarikh | 26 - 27 Mac 2018 |
Masa | 9.00 pagi - 4.30 petang |
Tempat | Dewan Kuliah Teratai, Fakulti Sains, Universiti Malaya |
Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya (PJMUM) telah mengadakan Kursus Pengurusan dan Keselamatan Makmal dan dihadiri oleh ahli-ahli PJMUM. Program ini dirasmikan oleh Penasihat PJMUM YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah dan beliau mengucapkan tahniah atas pengajuran kursus ini dan juga kepada ahli-ahli PJMUM kerana mengambil peluang menyertai kursus ini.
Modul | Ceramah |
Ceramah Modul 1 | Pengenalan Kepada Pengurusan Makmal Penceramah : Puan Zubaidah binti Abu Hassan Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Mikrobiologi Perubatan, Fakulti Perubatan Sinopsis : Peserta didedahkan dengan cara dan kepentingan pengurusan makmal serta bagaimana mengurus makmal dengan sistematik dan teratur. |
Ceramah Modul 2 (a) | Pengurusan Keselamatan Makmal Penceramah : Encik Mustafa bin Tahar Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Institut Sains Biologi, Fakulti Sains Sinopsis : Peserta didedahkan dengan bagaimana mengenalpasti dan mengurus isu keselamatan di dalam makmal. |
Ceramah Modul 2 (b) | Aspek Keselamatan Makmal Penceramah : Puan Haryani binti Azahari Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Fakulti Kejuruteraan Sipnosis : Peserta didedahkan tentang akta-akta keselamatan dan bagaimana mengenalpasti beberapa kategori hazad makmal serta mengurus dan mengawal secara bersistematik menggunakan sistem Hirarc. |
Ceramah Modul 3 | Pengendalian Risiko Di Tempat Kerja Penceramah : Puan Zurina binti Zuki Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Fizik, Fakulti Sains. Sinopsis : Peserta didedahkan mengenal risiko-risiko yang berada di dalam dan persekitaran makmal yang boleh mengancam atau memberikan kesan kepada pengguna makmal juga cara mengendalikan risiko tersebut dengan teratur dan terkawal. |
Ceramah Modul 4 | Radiation : Fantasy Versus Reality Penceramah : Cik Nor Aina binti Mahazer Jawatan : Pegawai Perlindungan Sinaran Bertauliah Jabatan : IPPP Sinopsis : Peserta diberi pendedahan mengenai apakah itu radiasi, sumber-sumber yang mempunyai kadar gelombang dilepaskan ke bumi tanpa disedari seperti telefon bimbit, lampu, pencawang elektrik, televisyen dan sebagainya. Peserta juga didedahkan dengan kelebihan penggunaan radiasi di sektor perubatan, pengangkutan, pertanian dan pembuatan produk penggunaan harian juga kesan buruk pendedahan sinaran berlebihan kepada manusia. |
Ceramah Modul 5 | Pengurusan Bahan Kimia (Penyimpanan) Penceramah : Cik Norzalida binti Zakaria Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Kimia, Fakulti Sains. Sinopsis : Peserta diberi pendedahan tentang kepentingan penyimpanan bahan kimia dengan betul. Peserta juga dumaklumkan mengenai prosedur mengurus penerimaan bahan kimia, mengenal jenis dan sifat bahan kimia, menyediakan inventori yang tersusun, melabel, menyediakan maklumat keselamatan bahan kimia (MSDS), pemilihan lokasi dan tempat penyimpanan serta tempoh sisa bahan kimia perlu dilupuskan. |
Ceramah Modul 6 | Pengurusan Peralatan Makmal Penceramah : Puan Nor Nadia binti Alies Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Fakulti Farmasi Sinopsis : Peserta diberi pendedahan kepentingan mengurus pealatan makmal dengan betul bermula daripada pembelian peralatan, penerimaan, memasang peralatan, lokasi dan bagaimana menyelenggara secara sistematik. |
Ceramah Modul 7 | Ensuring Pupette & Weighing Device Performance: Verification & Calibration Penceramah : Puan Wan Melissa Diyana binti Wan Normazlan Jawatan : Pegawai Sains Jabatan : Fakulti Perubatan Sinopsis : Peserta diberi penekanan mengenai bagaimana melakukan verifikasi dan penyelenggaraan asas bagi memastikan peralatan pipet dan alat penimbang di dalam makmal berfungsi dengan baik dan tepat bacaannya. |
Ahli Jawatankuasa induk sekali lagi menyampaikan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada semua ahli PJMUM yang sentiasa memberi sokongan dan kepercayaan serta melibatkan diri bagi menjayakan aktiviti-aktivti yang dijalankan bagi penggal ini. Jawatankuasa sentiasa mengalu-alukan sebarang cadangan dan cetusan idea daripada ahli.
Ahli-ahli PJMUM disarankan perlu sentiasa mengambil peluang untuk mengikuti apa jua kursus-kursus terkini dan relevan dengan skop kerja di bidang tugas masing-masing di dalam mahupun di luar bagi meningkatkan prestasi dan kompetensi kerjaya dan diri.
Kami yakin setiap peluang dan ruang yang diambil akan melahirkan staf makmal yang lebih proaktif, kreatif, berpengetahuan luas dalam bidang sains dan teknologi dalam meneraju kecemerlangan di bidang penyelidikan. Ini selaras dengan visi dan misi Universiti Malaya yang kini berada di tangga 87 kedudukan Universiti Terbaik di dunia. Bangga dengan pencapaian tersebut maka, kita sebagai sebahagian penggerak kecemerlangan Universiti juga perlu seiring dengan pencapaian ini.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 24
Tarikh/Hari | 26 Julai 2018/Khamis |
Masa | 2.30 - 4.30 petang |
Tempat | Dewan Kuliah Vanda, Fakulti Sains, Universiti Malaya |
Jumlah Ahli Persatuan | 132 orang |
Jumlah Ahli Yang Hadir | 84 orang |
Tetamu Khas (Perasmi) | YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah |
Tetamu Jemputan | Tuan Haji Harun bin Mohd Salleh |
Mesyuarat Agung Tahunan ke 24 telah dijalankan dengan jayanya dengan kehadiran 84 orang ahli-ahli PJMUM, Penasihat PJMUM Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah dan tetamu jemputan Mantan Presiden PJMUM Tuan Haji Harun bin Mohd Salleh. Mesyuarat dimulakan dengan bacaan doa oleh Encik Mohd Hafiz bin Mansor memohon agar perjalanan mesyuarat diberkati dan dipermudahkan.
Presiden PJMUM Encik Mohamad bin Akasah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah selaku Penasihat PJMUM atas kesudian beliau hadir dan menjadi tetamu khas bagi merasmikan mesyuarat agung Kali ini. Beliau juga mengucapkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua ahli PJMUM yang meluangkan masa hadir bagi menjayakan perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-24 ini.
Di dalam ucapan, beliau menceritakan setiap sumbangan dan sokongan yang telah diberikan oleh YgBhg. Dato’ Prof. Dr Mohd Jamil Bin Maah kepada PJMUM dalam memperjuangkan hala tuju dan kemajuan kakitangan yang bekerja di dalam makmal. Tanpa usaha dan sokongan beliau, PJMUM tidak akan dapat bergiat aktif seperti hari ini.
Sebelum mengakhiri ucapan, beliau sempat mengingatkan kepada ahli PJMUM bagi jawatan Penolong Pegawai Sains yang bergred C32 yang memenuhi syarat untuk memohon jawatan tersebut bagi gred C38 yang telah diiklankan oleh bahagian Sumber Manusia, UM. Beliau juga mengingatkan semua ahli agar bersedia bagi menyertai Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal (SKETMA). Seminar Dwi-Tahunan ini akan berlangsung di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) pada tahun depan.
Beliau berharap agar semua ahli sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama berterusan bagi memastikan kesinambungan perjalanan PJMUM ke arah lebih cemerlang.
Ucapan diteruskan oleh Penasihat PJMUM Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah dengan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden PJMUM kerana menjemput beliau bagi merasmikan Mesyuarat AGM kali ke-24 ini. Beliau di dalam ucapannya memaklumkan, semua ahli PJMUM perlu sentiasa bersiap sedia melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan menimba ilmu hingga ke peringkat lebih tinggi bagi mengharungi cabaran peningkatan sains dan teknologi di masa hadapan.
Beliau juga berharap agar pucuk pimpinan muda yang dilantik dapat meneruskan perjuangan dan kesinambungan bagi mempertahankan PJMUM demi melahirkan lebih ramai warga kerja makmal yang produktif dan pakar dalam setiap bidang.
Di akhir ucapan, beliau mengingatkan dan menyarankan agar semua ahli PJMUM sentiasa mengambil dan merebut peluang yang ada untuk memajukan diri dengan mengikuti kursus-kursus berkaitan pengurusan peralatan dan lain-lain kemahiran di Institut atau pusat luar selain daripada yang dianjurkan di dalam Universiti Malaya bagi memastikan setiap ahli mempunyai kepakaran yang dapat menjadi pusat rujukan.
Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-24, PJMUM.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE MUZIUM COKLAT
Tarikh/Hari | 27 Ogos 2018/Isnin |
Tempat | Muzium Coklat, Damansara |
Penyertaan | 37 orang |
Yuran | Tiada |
Kenderaan | Kenderaan sendiri |
Lawatan ini direka khusus kepada kakitangan yang bertugas secara langsung di dalam makmal dan ingin mempelajari dengan lebih mendalam teknik-teknik dan proses dari awal hingga akhir dalam pelbagai aspek termasuk kebersihan, keselamatan, kualiti dan sebagainya.
Kilang ini juga boleh dianggap sebagai sebuah makmal kerana fungsinya menyamai konsep makmal. Setiap kakitangan makmal perlu diberikan suntikan maklumat terkini untuk meningkatkan lagi pengetahuan dan kepakaran mereka tentang selok belok pengurusan makmal juga bagaimana mengekalkan tahap keselamatan di dalam makmal dalam keadaan terjamin.
Lawatan telah disertai oleh seramai 37 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya (PJMUM). Kedatangan peserta telah disambut oleh Pengurus Bahagian Pemasaran, Muzium Coklat Kota Damansara, iaitu Encik Muhamad Ridzwan Ali.
Peserta lawatan diberi penerangan melalui pendekatan video, dan ceramah padat mengenai asal usul diwujudkan Muzium, sejarah tentang koko dan coklat, bagaimana cara yang betul penanaman pokok koko, jenis-jenis coklat yang ada di dunia, cara amalan baik pembuatan coklat yang mematuhi spesifikasi kebersihan dan kesihatan, seterusnya bagaimana penghasilan serta penjualan coklat dilakukan.
Peserta lawatan juga diberi pendedahan secara langsung melalui sesi demonstrasi bagaimana coklat buatan tangan dihasilkan dan bagaimana imej ke atas coklat dicetak di dapur coklat. Demonstrasi ini dilakukan oleh Chef yang bertauliah yang berada di ruang dapur coklat yang mempunyai tahap akses terhad hanya kepada staf bagi memastikan coklat terhasil tidak tercemar. Semua peserta perlu berada di sebalik kaca ruang pameran. Terdapat pelbagai jenama coklat berkualiti dan halal yang dijual di ruang jualan di muzium ini. Muzium ini juga mengeluarkan produk coklat dengan jenama sendiri iaitu “FIDANI”.
Lawatan ini telah mendapat maklumbalas yang positif daripada peserta dan mencapai objektif utama penganjuran. Laporan lawatan dan senarai nama peserta telah dihantar ke pihak Seksyen Pembangunan Bakat (SPB), Bahagian Sumber Manusia untuk tujuan rekod. Setiap peserta yang terlibat telah berjaya mendapat kelulusan pelepasan satu (1) hari cuti berkursus serta 1 hari kursus telah dikemaskini ke dalam sistem portal masing-masing.
PESARAAN TUAN HAJI HARUN BIN MOHD SALLEH (MANTAN PRESIDEN PJMUM)
Pada 8 November 2018, AJK Persatuan Juruteknologis Makmal telah mengadakan "Jamuan Makan Tengahari" meraikan persaraan Tuan Haji Harun bin Mohd Salleh, Mantan Presiden PJMUM. Majlis ini dirancang selepas daripada Majlis Penghargaan Persaraan beliau yang telah dibuat bersama di dalam AGM-24 PJMUM yang lalu.
Tuan Haji Harun telah menjalankan tanggungjawab sebagai Presiden PJMUM beberapa penggal sehingga penggal Jawatankuasa Sesi 2017/2017 yang lalu. Sepanjang beliau memegang jawatan Presiden, banyak pencapaian yang telah beliau buat untuk PJMUM. Antaranya seperti Penganjuran Seminar Kebangsaan Teknologi Makmal pada tahun 2015 (SKETMA Ke 12) hingga mendapat maklumbalas dan perhatian yang positif daripada pihak Pengurusan Tertinggi Universiti Malaya. Beliau juga sentiasa memberi tunjuk ajar dan nasihat kepada semua AJK bagaimana mengurus dan menggerakkan PJMUM agar lebih bersinar dan disedari kewujudannya di Universiti Malaya dan kakitangan makmal khususnya.
PJMUM dengan ini mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Haji Harun di atas setiap jasa dan sumbangan beliau dalam membawa PJMUM mencapai kecemerlangan misi dan objektif penubuhan. Didoakan agar beliau terus berjaya dalam apa jua bidang yang dilakukan selepas bersara. Kami sentiasa mengalu-alukan nasihat dan tunjuk ajar berpanjangan.
Last Update: 13/03/2025