MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 25
Tarikh/Hari | 25 Julai 2019/Khamis |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Dewan Kuliah Teratai, Fakulti Sains, Universiti Malaya. |
Tetamu Khas (Perasmi) | YBg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah |
Tetamu Jemputan | Tuan Haji Harun bin Mohd Salleh |
Ahli Persatuan | 134 orang |
Kehadiran Ahli | 93 orang |
Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan selamat daripada Pengerusi Majlis iaitu Puan Faraliza binti Alias dan disusuli dengan bacaan doa daripada Encik Mohd Hafiz bin Mansor memohon agar perjalanan majlis dan Mesyuarat Agung Tahunan ke 25 berjalan dengan lancar.
Presiden PJMUM Encik Mohamad bin Akasah mengucapkan terima kasih dan setinggi penghargaan kepada YBg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah selaku Penasihat PJMUM dan Mantan Presiden PJMUM Tuan Haji Harun bin Mohd Salleh yang sudi hadir ke Mesyuarat Agung Tahunan ke 25 ini. Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Ahli Jawatankuasa yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan mesyuarat agung kali ini agar berjalan dengan lancar hendaknya.
Beliau memaklumkan yang beliau akan bersara pada 31 Disember 2019 dan berharap agar pucuk pimpinan baru yang bakal dilantik nanti dapat menerajui PJMUM dan bergiat aktif bagi memastikan kesinambungan dan objektif persatuan terus diperjuangkan dan dikembangkan.
Beliau juga berharap agar semua ahli akan sentiasa memberikan kepercayaan, sokongan dan kerjasama berterusan kepada AJK bagi memastikan perjalanan PJMUM ke arah lebih cemerlang. Sebelum mengakhiri ucapan, beliau mengambil kesempatan untuk mengucapkan tahniah kepada calon yang akan dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa PJMUM sesi 2019-2021 yang baru nanti.
Majlis diteruskan dengan ucapan disampaikan oleh YBg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah selaku Penasihat PJMUM. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden PJMUM kerana menjemput beliau bagi merasmikan Mesyuarat AGM kali ke 25 ini. Beliau juga mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa kerana berusaha keras dalam menjayakan mesyuarat AGM kali ini. Beliau yang juga penasihat PJMUM dan juga Pengarah Pusat Asasi UM memaklumkan bahawa PJMUM sudah beliau anggap seperti anak sendiri kerana sudah bersama PJMUM sejak ia mula ditubuhkan lagi. Beliau sangat berbesar hati kerana masih diperlukan di dalam PJMUM walaupun sudah 5 tahun beliau berpencen daripada perkhidmatan hakiki.
Dalam ucapan, beliau menekankan agar semua ahli-ahli PJMUM bertindak lebih proaktif dalam memperkasakan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran serta mengilap potensi dan bakat serta meningkatkan lagi daya kepimpinan masing-masing. Tegas beliau, kompetensi setiap ahli-ahli perlu dipertingkatkan lagi melebihi tugas hakiki. Beliau menyarankan agar semua ahli-ahli PJMUM khususnya warga kerja makmal untuk mendapatkan penilaian daripada pihak luar bagi mendapatkan pengiktirafan spesifik kemahiran seperti contoh bagi mengndalikan alatan daripada badan-badan tertentu. Kompetensi spesifik yang dimiliki oleh ahli-ahli akan menjamin peluang yang sangat luas dari segi peluang pekerjaan, peluang belajar dan lain-lain lagi.
Beliau juga berharap Presiden PJMUM dan barisan Ahli Jawatankuasa yang akan dilantik nanti dapat memperjuangkan lagi gred-gred bagi jawatan bagi wargakerja makmal dengan kerjasama ahli-ahli akademik dan badan berkaitan. Justifikasi yang penting dan diperlukan perlu dibincang bagi menyediakan kertas kerja yang merangkumi semua aspek kebajikan dan kemajuan kompetensi ahli-ahli di gred Sains dan Teknologi.
Di akhir ucapan beliau, beliau berharap bakal presiden yang baru dapat menjaga PJMUM dan menjaga kebajikan ahli-ahlinya. Beliau merakamkan jutaan terima kasih kepada Encik Mohamad bin Akasah, Presiden PJMUM sesi 2017/2019 yang telah menerajui PJMUM selama 2 tahun dan kepimpinan beliau patut dicontohi oleh pelapis yang baru.
Beliau seterusnya merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke 25, PJMUM.
LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE KILANG VITAGEN
Tarikh/Hari | 15 Februari 2019/Jumaat |
Masa | 9.30 pagi - 12.30 tengahari |
Tempat | Kilang Vitagen, Petaling Jaya |
Penyertaan | 24 orang |
Yuran | Tiada |
Kenderaan | Kenderaan sendiri |
Antara objektif program lawatan ini adalah bagi melahirkan staf yang mahir dalam pelbagai bidang terutamanya dalam bidang Mikrobiologi terutamanya dalam penghasilan produk makanan dan minuman dengan kawalan mutu piawaian antarabangsa yang tertinggi dan teknologi alat yang digunakan.
Lawatan ini telah disertai oleh seramai 24 orang peserta yang terdiri daripada ahli Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya (PJMUM). Kedatangan peserta telah disambut oleh Pengurus Perhubungan Pelangan Vitagen iaitu Pn Zaihani Zainal Abidin.
Peserta lawatan telah diberi penerangan slide dan lawatan ke kilang berkenaan khasiat minuman berkultur baik untuk kebaikan usus manusia, mempelajari tip penjagaan kesihatan melalui minuman bakteria probiotik, mempelajari tip penjagaan makanan seharian, Memahami teknik minuman bakteria baik diproses.Mempelajari teknik penjagaan bakteria baik dan cara membasmi kuman tersebut.
Peserta juga telah dibawa ke dalam kilang pemprosesan minuman itu dibuat agar memahami pentingnya aspek kebersihan dan keselamatan semasa proses pembungkusan dan penjualan dibuat.
Program ini adalah program dalam tempoh setengah hari. Oleh kerana itu, pihak Sumber Manusia hanya membenarkan pelepasan separuh hari bagi aktiviti.
Lawatan sambil belajar ini telah mencapai objektif dalam mengetahui khasiat bakteria baik terhadap kesihatan seharian manusia disamping memberi kesedaran terhadap penjagaan aspek kesihatan manusia dan keselamatan yang perlu dibuat semasa lawatan di dalam kilang dijalankan dan mempelajari bagaimana minuman berkultur tersebut dibuat mengunakan peralatan canggih bagi menjimatkan masa dan tenaga. Diharapkan ilmu yang dipelajari akan dapat diaplikasikan dan dipraktikkan oleh peserta di PTJ masing-masing. Semua peserta telah memberi maklumbalas yang positif mengenai ilmu dan perkongsian yang diperolehi sepanjang lawatan dijalankan.
Last Update: 17/03/2025