PROJEK KALENDER 2020
Projek kalendar PJMUM bagi tahun 2020 telah diteruskan sebagaimana dipersetujui dijadikan projek tahunan tanda cenderahati dan terima kasih kepada semua ahli PJMUM. Bagi tahun 2020, pengedaran kepada semua ahli telah dibuat bermula Disember 2019. Projek diketuai oleh Puan Rosmawati Timbalan Presiden PJMUM dan rekabentuk "Cover Head" dibuat oleh Puan Faraliza Setiausha Kehormat PJMUM.
Pengumpulan maklumat ini dijalankan susulan isu mengenai proses kenaikan pangkat secara Time Base (KUP) bagi jawatan Penolong Pegawai Sains C29 kepada C32. Kajian ini dijalankan sebagai langkah persediaan pengumpulan maklumat untuk memastikan pihak pengurusan Universiti Malaya tidak terlepas pandang akan perkara ini. Borang maklumbalas mengenai perkara ini telag diedar melalui emel kepada semua ahli dan sebanyak 27 maklumbalas telah diterima daripada individu berkaitan pada bulan Disember 2019. Berdasarkan data yang diterima, seramai 7 orang sudah menghampiri tempoh matang KUP.
Hasil semakan dan pemantauan, 2 orang ahli PJMUM iaitu, kumpulan pertama jawatan Penolong Pegawai Sains yang terlibat dengan program Bridging telah menerima kenaikan pangkat secara KUP C32 iaitu Puan Zarina dan Encik Hassan pada Jun 2020. Kedua-duanya daripada Fakulti Pergigian. Ini membuktikan pihak Sumber Manusia tidak mengenepikan urusan ini. Turut dilaporkan adalah, daripada Fakulti Perubatan (Jabatan Anatomi) Puan Robiah Bakar. Adalah menjadi keperluan bagi semua kakitangan untuk membuat semakan secara individu terlebih dahulu terus kepada pihak pengurusan Sumber Manusia sekiranya berlaku sebarang kelewatan agar diketahui punca utama sebelum tindakan susulan dapat diambil.
PERJUMPAAN BERSAMA PENASIHAT
Tarikh | 6 Februari 2020 |
Tempat | Pejabat Pengarah, Pusat Asasi UM (PASUM) |
Kehadiran | 9 orang AJK |
Satu sesi perjumpaan khas AJK bersama Penasihat PJMUM, Ybhg Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah telah dibuat di pejabat rasmi beliau di Pusat Asasi UM. Sesi telah berjalan dengan kehadiran 9 orang Jawatankuasa iaitu Tuan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Kehormat, Bendahari Kehormat dan 5 orang AJK PTj.
Antara tujuan utama perjumpaan adalah bagi memperkenalkan secara rasmi barisan Jawatankuasa Baru PJMUM bagi sesi 2019-2021 selain perkongsian idea dan pendapat mengenai halatuju PJMUM. Di dalam sesi tersebut juga telah dibuat penyerahan Kalendar PJMUM 2020 dan sehelai Baju Korporat PJMUM. Turut diserahkan adalah surat jemputan sebagai Perasmi Program Sukaneka PJMUM.
YBg. Prof. Dato' amat berbesar hati menerima kunjungan AJK PJMUM. Melalui amanat yang disampaikan, YBhg Dato' sangat mengharapkan agar barisan Jawatankuasa baru bagi sesi 2019-2021 ini dapat komited bagi meneruskan segala perancangan dan legasi kecemerlangan PJMUM yang telah dilakukan oleh pimpinan terdahulu bagi terus memperkasakan dan meletakkan kakitangan makmal bukan sahaja pekerja dibahagian tabir.
SUKANEKA PJMUM 2020
Tarikh/Hari | 8 Februari 2020/Sabtu |
Masa | 7.15 pagi - 1.00 tengahari |
Tempat | Padang B (Bersebelahan Akademi Pengajian Islam |
Program Sukaneka PJMUM 2020 ini adalah program berkonsepkan sukan julung kali yang dianjurkan oleh PJMUM. Ia telah berjaya dijalankan dengan penyertaan seramai 50 orang peserta terdiri daripada ahli-ahli Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya (PJMUM) serta ahli keluarga. Program ini dijalankan dengan Motto Hubungan Dierat, Persatuan Diperkuat dengan semua peserta memakai tema warna merah. Program telah dirasmikan oleh Penasihat PJMUM iaitu YBhg Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil Maah dengan kata aluan dan simbolik perasmian membaling buah kelapa bagi permainan bowling kampung. Beliau amat teruja dengan program ini yang dibuat julung-julung kali. Turut hadir memberi sokongan adalah Mantan Presiden PJMUM, Tuan Haji Harun Mohd Salleh.
Last Update: 11/03/2025