PROJEK BUKU CATATAN "PLANNER" PJMUM 2021
Berdasarkan kiraan kos dan sebutharga yang diterima, projek kalendar PJMUM bagi tahun 2021 telah diubah kepada pemberian Buku Diari dan Catatan PJMUM. Kos juga mengambilkira tiada perbelanjaan bagi AGM pada tahun 2020. Terima kasih kepada semua ahli PJMUM yang sentiasa menyokong PJMUM walau dalam apa juga kekangan. "Planner" mula diedarkan kepada semua ahli pada Januari 2021.
Muka Depan | Muka Belakang | Muka Depan | Muka Belakang |
![]() | ![]() | ![]() | ![]() |
PROGRAM KHAS RAMADAN 2021
TAJUK | MENCARI BERKAT DI BULAN RAMADAN |
TARIKH/HARI | 6 MEI 2021 (KHAMIS) |
MASA | 1.00 PETANG - 1.30 PETANG |
PLATFORM | GOOGLE MEET |
PENCERAMAH | USTAZ MIZRA HILMI BIN ABU BAKAR PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM KANAN, BAHAGIAN URUSAN HUBUNGAN & KEBAJIKAN PELAJAR UNIVERSITI MALAYA |
JUMLAH PESERTA | 37 ORANG TERMASUK AJK |
Program ini diadakan khas di bulan Ramadan sebagai pengisian aktiviti PJMUM untuk ahli-ahli PJMUM dalam menjalani tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan rutin Bekerja Daripada Rumah (BDR). Program ini merupakan webinar online pertama yang dianjurkan oleh PJMUM. Walaupun tempohnya agak pendek, namun ia menerima maklumbalas yang baik dan semua ahli meminta PJMUM memperbanyakkan aktiviti seperti ini lagi. | |
![]() |
SESI SEMBANG ONLINE ATAS TALIAN AJK UTAMA BERSAMA PENASIHAT
TARIKH/HARI | 19 MEI 2021 (RABU) |
PLATFORM | GOOGLE MEET |
Sesi pertemuan secara atas talian ini berfungsi sebagai platform perbincangan dan percambahan idea antara ajk dan penasihat PJMUM bagi memastikan kelancaran operasi PJMUM, meskipun berdepan dengan kekangan pandemik Covid-19. Dalam sesi tersebut, Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah menegaskan kepentingan memastikan PJMUM kekal relevan agar warga kerja makmal terus berpeluang mengasah kepakaran masing-masing, tanpa dipinggirkan. Pelbagai idea telah dicetuskan dan akan dilaksanakan secara berperinkat mengikut kesesuaian masa. | |
![]() |
TAJUK | BASIC OF MASS SPEC: LCMS & MALDI - TOF (SIRI 1) | ![]() |
TARIKH/HARI | 17 JUN 2021 (KHAMIS) | |
MASA | 2.30 PETANG - 5.00 PETANG | |
PLATFORM | GOOGLE MEET | |
PENCERAMAH | PUAN NOSRIHAH BINTI ISMAIL JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN MAKMAL BIOTEKNOLOGI PERUBATAN, FAKULTI PERUBATAN. | |
JUMLAH PESERTA | 60 ORANG PESERTA BERDAFTAR (TERBUKA) | |
OBJEKTIF WEBINAR |
| |
TAJUK | CEGAH SEBELUM TERLAMBAT - KEPENTINGAN MENJALANI SARINGAN AWAL KESIHATAN (SIRI 2) | ![]() |
TARIKH/HARI | 25 JUN 2021 (JUMAAT) | |
MASA | 10.00 PAGI - 12.00 TENGAHARI | |
PLATFORM | GOOGLE MEET | |
PENCERAMAH | SR. HASDHARINA BINTI JOHARI JURURAWAT U32 JABATAN PERUBATAN KEMASYARAKATAN DAN PENCEGAHAN FAKULTI PERUBATAN | |
JUMLAH PESERTA | 64 ORANG BERDAFTAR (TERBUKA) | |
OBJEKTIF WEBINAR |
| |
TAJUK | BIOSAFETY & BIOSECURITY - AKU TIDAK MAHU AMBIL TAHU. (SIRI 3) | ![]() |
TARIKH/HARI | 30 JUN 2021 (RABU) | |
MASA | 2.30 PETANG - 5.00 PETANG | |
PLATFORM | GOOGLE MEET | |
PENCERAMAH | PUAN SHARMILA DEVI RAMASAME JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN U32 JABATAN MIKROBIOLOGI PERUBATAN, FAKULTI PERUBATAN. | |
JUMLAH PESERTA | 93 ORANG YANG BERDAFTAR (TERBUKA) | |
OBJEKTIF WEBINAR |
| |
TAJUK | WASPADA DOSA DI HUJUNG JARI (SIRI 4) | ![]() |
TARIKH/HARI | 2 JULAI 2021 (JUMAAT) | |
MASA | 2.30 PETANG - 5.00 PETANG | |
PLATFORM | GOOGLE MEET | |
PENCERAMAH | UZTAZ MIZRA HILMI BIN ABU BAKAR PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM KANAN, | |
JUMLAH PESERTA | 97 ORANG BERDAFTAR (TERBUKA) | |
OBJEKTIF WEBINAR | MEMBERI KESEDARAN MENGENAI KELEBIHAN DAN KEKURANGAN KEPADA TEKNOLOGI SEDIA ADA JIKA DIGUNAKAN TANPA ILMU DIKAITKAN DENGAN AMALAN BEKERJA DARI RUMAH (BDR). | |
TAJUK | MEMBINA KERJAYA MELALUI SKM (SIRI 5) | ![]() |
TARIKH/HARI | 16 JULAI 2021 (JUMAAT) | |
MASA | 2.30 PETANG - 5.00 PETANG | |
PLATFORM | GOOGLE MEET | |
PENCERAMAH | RAZALEE CHE ROS (TVET CONSULTANT) | |
JUMLAH PESERTA | 87 ORANG PESERTA BERDAFTAR (AHLI PJMUM SAHAJA) | |
OBJEKTIF WEBINAR |
| |
TAJUK | KESEDARAN LEV & GEV MENGIKUT USECHH 2000 (SIRI 6) | ![]() |
TARIKH/HARI | 22 JULAI 2021 (KHAMIS) | |
MASA | 2.30 PETANG - 4.30 PETANG | |
PLATFORM | GOOGLE MEET | |
PENCERAMAH | ENCIK AHMAD FAHIM MAHMUD PENOLONG PEGAWAI SAINS, OSHE, UNIVERSITI MALAYA. | |
JUMLAH PESERTA | 98 ORANG BERDAFTAR (TERBUKA) | |
ONJEKTIF WEBINAR |
|
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT PJMUM
TARIKH/HARI | 14 SEPTEMBER 2021 (SELASA) |
MASA | 9.00 MALAM |
PLATFORM | GOOGLE MEET |
BACAAN DIKETUAI OLEH | USTAZ MIZRA HILMI ABU BAKAR |
Program ini diadakan sebagai inisiatif PJMUM bersama-sama memohon dan mendoakan keringanan sakit kepada salah seorang ahli PJMUM yang sakit kritikal iaitu Encik Saharudin bin Zainal. Semoga dengan ikhtiar yang dilakukan, Allah S.WT memberikan sebaik-baik kesembuhan. |
PELANCARAN SAMPUL KUTIPAN DERMA KILAT & PENYERAHAN SUMBANGAN
Sampul kutipan derma kilat telah dilancarkan melalui emel kepada semua ahli bermula pada 7 Oktober 2021. Kutipan khas ini dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif PJMUM dan ahli - ahli bagi membantu meringankan beban dengan membantu seorang ahli PJMUM yang sedang sakit yang memerlukan rawatan iaitu Encik Saharuddin bin Zainal juga merupakan Auditor Dalaman PJMUM. Pada 26 Oktober 2021, sumbangan berjaya dikumpulkan sebanyak RM980 (RM930+RM50 (One-Off PJMUM)) dan telah diserahkan kepada beliau.
SUMBANGAN "ONE-OFF" PJMUM
Sebagaimana yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung Tahunan sebelum ini, sumbangan One-Off PJMUM bagi tahun 2021 telah diserahkan kepada seorang lagi penerima iaitu Puan Sarimaniza yang menepati syarat untuk menerima sumbangan. Sumbangan dengan nilai RM50 telah diserahkan kepada beliau melalui transaksi dalam talian pada 13 Disember 2021. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum ada ahli yang layak untuk menerima sumbangan ini namun setelah dihubungi individu tersebut menolak untuk menerimanya.
PERTANDINGAN MENCIPTA "COVER KALENDAR" PJMUM 2022 PADA DISEMBER 2021
Pertandingan ini dibuat sebagai membuka ruang kepada ahli mengambil bahgagian untuk sama-sama menyumbang idea kreatif dalam penyediaan Kalendar PJMUM 2022. PJMUM telah menerima (8) rekaan grafik yang sangat kreatif dan pelbagai daripada empat (4) penyertaan. Pemilihan pemenang dibuat berdasarkan ciri-ciri yang telah ditetapkan oleh AJK iaitu mempunyai maklumat lengkat berkenaan PJMUM seperti nama persatuan, logo PJMUM, laman web, motto serta kejelasan yang dapat melambangkan PJMUM.
Seorang pemenang dengan grafik yang menepati ciri lengkap iaitu Cik Amni Bazilah daripada Institut Sains Biologi. 3 orang lagi yang menghantar penyertaan yang turut akan menerima cenderahati adalah Puan Shahfatin binti Salleh (Jabatan Fizik), Encik Mohd Safuan bin Kamaruddin (Nanocat), Puan Nadiah Nasharuddin (Fakulti Perubatan). Semua hadiah pemenang dan cenderahati adalah ditaja oleh seorang ahli PJMUM yang minta dirahsiakan identitinya.
![]() | ![]() |
Last Update: 26/05/2025