MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 26
Tarikh | 27 Januari 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Platform | Secara atas talian |
Mesyuarat Agung Tahunan ke 26 telah diadakan secara atas talian kerana negara masih dalam keadaan pandemik dan perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Universiti Malaya. Namun begitu, Jawatankuasa PJMUM telah bertungkus lumus dalam memastikan Mesyuarat Agung berjalan dengan lancar.
Majlis dimulakan dengan kata-kata aluan dari Pengerusi iaitu Puan Ruhaida binti Bahru kepada Penasihat PJMUM YBhg. Dato' Prof. Dr. Mohd Jamil bin Maah, jemputan khas iaitu Presiden Kesatuan Kakitangan Am Universiti Malaya (KKAUM) Encik Mazmir bin Mohd Amin, barisan Ahli Jawatankuasa serta semua ahli PJMUM yang hadir secara online di dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke 26. Mesyuarat diteruskan lagi dengan bacaan doa dipimpin oleh Encik Mohamad Shukri bin Abdul Jamil memohon agar perjalanan Mesyuarat Agung Tahunan PJMUM kali ke 26 dipermudahkan dan diberkati Allah S.W.T.
Mesyuarat Agung Tahunan ke 26 telah dirasmikan oleh Presiden KKAUM Encik Mazmir bin Mohd Amin dengan lafaz bismillah.
BACAAN DOA DAN DOA SELAMAT
Tarikh | 8 April 2022 |
Masa | 8.00 pagi - 8.30 pagi |
Platform | Secara Atas Talian (Googlemeet) |
DIketuai oleh | Ustaz Mizra Hilmi bin Abu Bakar |
Ahli Jawatankuasa Utama telah menerima makluman bahawa Penasihat PJMUM iaitu YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah telah diserang penyakit Acute Pancreatis minggu lalu dan sedang dirawat di ICU Hospitak Serdang. Pagi ini (7 April 2022) kita diberitahu kesihatan beliau semakin stabil namun masih bergantung dengan alat bantuan penafasan. Semoga dengan ikhtiar ini dan keberkatan Ramadan, Allah memberikan sebaik-baik kesembuhan dan meringankan sakit yang dihadapi oleh YBhg. Prof. Dato' Dr. Mohd Jamil bin Maah juga kemudahan serta kesihatan buat semua serta ahli keluarga.
KURSUS PEMANTAPAN DIRI
Tarikh | 29 - 30 Jun 2022 |
Masa | 8.30 pagi - 4.30 petang |
Tempat | Bilik Seminar 3, Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains, UM |
Persatuan Juruteknologis Makmal Universiti Malaya telah menganjurkan Kursus Pemantapan Diri yang diadakan secara bersemuka buat pertama kali selepas tamatnya PKP akhir tahun lalu. Tujuan kursus ini juga untuk memberi penerangan tentang cara pengurusan kewangan dan hutang, mengurus kerja tanpa tekanan, kenali diri dan emosi dan penjagaan diri dan imej. PJMUM amat berbesar hati dan berterima kasih dengan Ahli Jawatankuasa terlibat dan peserta-peserta yang hadir bersama-sama menjayajan kursus-kursus ini.
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KE 27
Tarikh | 5 Oktober 2022 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Dewan Kuliah Cempaka, Kompleks Dewan Kuliah, Fakulti Sains, Universiti Malaya. |
Mesyuarat Agung Tahunan ke 27 kali ini telah berjalan lancar dengan dirasmikan oleh Mantan Presiden PJMUM yang pertama iaitu Encik GopalKrisna, mewakili Penasihat PJMUM. Turut hadir memberi sokongan adalah mantan Presiden Tuan Haji Harun Mohd Salleh.
Jawatankuasa PJMUM mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua ahli PJMUM yang dapat hadir dan mengikuti mesyuarat sehingga akhir majlis. Mesyuarat juga menyelitkan sesi menangkap gambar rasmi ahli-ahli PJMUM untuk dimuatnaik ke dalam web rasmi PJMUM.
Tanpa sokongan berterusan semua ahli-ahli PJMUM, setiap program dan aktiviti yang dijalankan tidak akan dapat dijalankan dengan sempurna. Kehadiran ahli-ahli PJMUM dalam memberikan sokongan bagi menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan ke 27 ini amatlah dihargai. Pihak PJMUM mengucapkan terima kasih juga kepada ahli jawatankuasa yang berhempas pulas menyediakan persiapan mesyuarat ini agar dapat berjalan lancar.
PROGRAMME OUTREACH UM SCIENTIST JR BADGE
Tarikh | 6 Disember 2022 |
Masa | 8.00 pagi - 4.30 petang |
Tempat | Sekolah Kebangsaan Kampung Lindungan |
Program ini direka khusus kepada ahli PJMUM yang ingin berkongsi dan menyumbang kepakaran dalam menerapkan minat dalam sains dan teknologi. Ia merupakan salah satu platform menyumbang ilmu kepada komuniti.. Fasilitator adalah dilantik dalam kalangan ahli - ahli PJMUM secara sukarela mahu berkongso aktiviti sains secara "Hands on experiments" mengikut bidang kepakaran masing-masing.
PJMUM melalui program ini secara tidak langsung dalam menjalin kerjasama luar dengan sekolah terpilih dalam usaha memberi pendedahan dan memupuk minat murid-murid kepada sains dan teknologi yang mana aktiviti dilakukan di dalam kawasan sekolah serta dalam waktu sekolah.
PJMUM mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli PJMUM dan fasilitator yang terlibat secara langsung mahupun dibelakang tabir kerana berusaha menjayakan program ini.
Last Update: 26/05/2025