PERBINCANGAN PENGEMASKINIAN PERLEMBAGAAN PJMUM SIRI 3
Tarikh/Hari | 13 Mac 2025/Khamis |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 tengahari |
Tempat | Bangunan J07, Bilik SE10, Institut Sains Biologi, Fakulti Sains |
Perbincangan pengemaskinian perlembagaan diadakan kali ke 3 untuk menyelesaikan lagi beberapa fasal perlembagaan yang belum dibincangkan semasa Siri ke 2. Perbincangan ini berjalan dengan lancar dan beberapa perlembagaan ditambahbaik. Walaupun terdapat penambahbaikan, pengemaskinian perlembagaan ini akan dibawa ke Mesyuarat Agung Tahunan ke 30 untuk dibentangkan kepada ahli-ahli PJMUM bagi mendapat persetujuan penambahbaikan perlembagaan dengan memberikan justifikasi jelas keperluan perlembagaan untuk ditambahbaik. Antara Fasal yang dibincangkan ialah :-
| |
![]() | ![]() |
WEBINAR RAMADAN SIRI 1
Tarikh/Hari | 19 Mac 2025/Rabu |
Masa | 12.30 tengahari - 2.00 petang |
Platform | Webex by Cisco |
Penceramah | Ustaz Mohd Zaidi bin Mat Zaid Imam, Masjid Kota Damansara. |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
WEBINAR RAMADAN SIRI 2
Tarikh/Hari | 26 Mac 2025/Rabu |
Masa | 12.30 - 2.00 petang |
Platform | Webex by Cisco |
Penceramah | Ustaz Dr. Muhammad Nur Waafi bin Badruldin (Penceramah Bertauliah Negeri Selangor Pegawai Eksekutif Yayasan Selangor (PENDIDIKAN) |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
PROGRAM LAWATAN ILMIAH KE IKA WORKS SDN. BHD.
Tarikh / Hari | 16 Jun 2025 (Isnin) |
Masa | 7.30 pagi - 4.30 petang |
Tempat | IKA WORKS (ASIA) SDN. BHD |
Sasaran Peserta | 30 orang ahli PJMUM |
Kenderaan | Kenderaan Fakulti Sains |
PENGENALAN IKA adalah syarikat peneraju pasaran global dalam teknologi makmal, analitik dan proses. Bermula lebih 100 tahun yang lalu, dan sentiasa berada di barisan hadapan inovasi untuk masa depan, IKA berbangga kerana lebih 1000 pekerja di seluruh dunia berkongsi nilai-nilai dan bekerjasama untuk mencapai matlamat yang sama. Teknologi makmal IKA menawarkan pelbagai peralatan inovatif untuk pelbagai aplikasi dalam penyelidikan dan pembangunan. IKA telah memperoleh kedudukan terkemuka di pasaran dunia dengan pengaduk magnetik inovatif, pengaduk, pengaduk atas, pengocak, homogenizer, kilang, penyejat putar, kalorimeter, reaktor makmal dan perisian yang dibangunkan khas untuk aplikasi makmal dan analisis. OBJEKTIF UTAMA
OBJEKTIF LAIN
|
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
SEMINAR "KE ARAH MAKMAL SELAMAT: PENGURUSAN SISA TERJADUAL"
Tarikh/Hari | 10 Julai 2025/Khamis |
Masa | 8.30 pagi - 4.30 petang |
Tempat | Makmal Demonstrasi, Tingkat 3, Bangunan Balai Ungku Aziz, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya. |
Sasaran Peserta | 25 orang ahli PJMUM + 10 orang AJK |
Penceramah | Penceramah 1 Ms. Swee Ching Tan Trainer ESCO Lifesciences Group Penceramah 2 Puan Haryani Azahari Pegawai Sains C10 Trainer Dalaman UM Fakulti Farmasi, Universiti Malaya |
PENGENALAN | |
ESCO Lifesciences Group merupakan meneraju global dalam pembangunan dan pengeluaran peralatan makmal berteknologi tinggi yang memberi penekanan kepada keselamatan, ketepatan dan kebersihan persekitaran kerja makmal. Sejak penubuhannya lebih 40 tahun yang lalu, ESCO telah membina reputasi kukuh dalam menghasilkan peralatan seperti Fume Hood, Laminar Flow Cabinat dan Biosafety Cabinet yang direka untuk melindungi pengguna, sampel dan alam sekitar daripada risiko pencemaran dan pendedahan bahan berbahaya. Peralatan ini digunakan secara meluas dalam bidang penyelidikan, perubatan farmaseutikal dan bioteknologi. Selari dengan komitmen terhadap keselamatan makmal, pengurusan sisa terjadual juga memainkan peranan penting dalam mengurangkan impak alam sekitar dan risiko kesihatan. Sisa terjadual merujuk kepada bahan buangan yang terholong di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Sisa Terjadual) 2005, yang mengandungi bahan kimia atau biohazard yang memerlukan pengendalian, penyimpanan dan pelupusan secara terkawal. Antara contoh sisa ini termasuk pelarut organik, bahan toksik, logam berat dan sisa biologi berjangkit. Gabungan penggunaan peralatan ESCO yang selamat serta pematuhan terhadap pengurusan sisa terjadual adalah asas kepada amalan makmal yang bertanggungjawab dan mampan, sejajar dengan standard keselamatan dan peraturan alam sekitar. Objektif Utama
Objektif Lain
|
![]() |
SEMINAR KEBANGSAAN TEKNOLOGI MAKMAL KE 16 (SKETMA-16)
Tarikh/Hari | 14 - 16 Julai 2025/Isnin - Rabu |
Tema | Integrasi Sains & Teknologi Berlandaskan Maqasid Al-Shariah |
Yuran | Peserta (RM300), jika daftar awal (RM280) Pembentang (RM400), jika daftar awal (RM350) |
Maklumat lanjut SKETMA-16 | https://conference.iium.edu.my/sketma/ |
![]() | ![]() |
![]() | |
![]() | ![]() |
![]() | ![]() |
![]() | |
![]() | |
![]() |
BENGKEL PENULISAN POSTER & PEMBENTANGAN PERSIDANGAN
Tarikh/Hari | 18 - 19 Ogos 2025 (Isnin & Selasa) |
Masa | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Tempat | Bilik Seminar 3, Kompleks Dewan Kuliah (KDK), Fakulti Sains. |
Penceramah | Penceramah 1: Dr. Mohamad Syafiq bin Azanan Pensyarah Kanan, Jabatan Pediatrik, Fakulti Perubatan Penceramah 2 : Dr. Mohd Arif bin Mohd Sarjidan Pegawai Penyelidik, Jabatan Fizik, Fakulti Sains. Penceramah 3 : Puan Thibashini Nair Sathasivan Pegawai Sains, Makmal Penyelidikan Sentral, Fakulti Perubatan. |
Sasaran Peserta | 50 orang |
Yuran Penyertaan | Ahli PJMUM - Percuma Bukan Ahli - RM50.00 |
Pengenalan Bengkel Penulisan Poster & Pembentangan Persidangan ini dirangka khusus untuk memberi pendedahan yang lebih terperinci bagi membantu peserta menguasai teknik asas dan lanjutan dalam menghasilkan poster persidangan yang berkesan serta membentangkannya dengan yakin di persidangan ilmiah. Bengkel ini juga sebenarnya adalah sebagai langkah persatuan memberi galakan kepada peserta yang terdiri daripada warga kerja makmal Ahli PJMUM sebagai persediaan mengambil bahagian dalam peridangan atau seminar pembentangan kertas kerja. Bengkel ini akan dijalankan secara teori dan praktikal yang akan memberi peluang kepada peserta untuk menghasilkan dan mempersembahkan poster mereka sendiri di akhir program, sekaligus meningkatkan keyakinan dan kemahiran komunikasi ilmiah peserta untuk menyertai sebarang program persidangan dan pembentangan khususnya.
|
Hari Pertama (18 Ogos 2025) | |
Pengenalan & Penciptaan Idea Penulisan | |
SESI 1 | POSTER SEBAGAI PLATFORM MEMPROMOSI PENYELIDIKAN PENCERAMAH: DR. MOHD ARIF BIN MOHD SARJIDAN
|
SESI 2 | IDEATION CREATION PENCERAMAH : PUAN THIBASHINI NAIR SATHASIVAN
|
SESI 3 | SESI PERKONGSIAN: APA YANG SAYA PELAJARI DI SKETMA 16 (AHLI PJMUM)
|
Hari Kedua (19 Ogos 2025) | |
SESI 4 | PANDUAN MUDAH DAN STRATEGI PENULISAN PERSIDANGAN SAINTIFIK PENCERAMAH: DR. MOHAMAD SYAFIQ BIN AZANAN
|
SESI 5 | STANDARD & KUALITI MAKMAL: HALATUJU MASA DEPAN BERDASARKAN SKETMA 2025 (AJK PJMUM)
|
SESI 6 | SESI PERKONGSIAN: APA YANG SAYA PELAJARI DI SKETMA 16 (AJK PJMUM)
|
Last Update: 01/08/2025